
Nor Azura Binti Mohd Puad
Assalamualaikum dan salam penyusuan buat semua.
Saya Nor Azura dari Melaka,ibu kepada 3 orang cahaya mata.
Perjalanan penyusuan saya dimulakan ketika anak pertama dilahirkan,ketika itu saya masih tidak tahu kenapa saya perlu susukan bayi,’clueless’.
Sebagai seseorang yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi,saya cuba membuat carian di internet dan membeli buku mengenai penyusuan.
Atas keinginan ingin tahu inilah,menimbulkan minat saya ingin berkongsi ilmu penyusuan dalam penyampaian lebih mudah kerana saya yakin ramai ibu diluar sana yang pernah berada disituasi saya dahulu.
Atas rasa minat dan tanggungjawab,saya aktif membantu ibu-ibu dan berkongsi mengenai ilmu penyusuan di akaun peribadi Facebook.Jika berpeluang,saya akan memenuhi permintaan untuk melakukan bimbingan ke rumah atau sesi ‘homevisit’.
Saya juga bergerak aktif menjadi watak belakang tabir mahupun penceramah bagi organisasi Melaka Breastfeeding Support Group yang kerap mengadakan perjumpaan penyusuan di sekitar Melaka.
Besar harapan saya supaya di masa akan datang lebih ramai ibu dapat mendalami ilmu penyusuan dengan lebih mudah dan dapat menyusukan bayi mereka dengan susu ibu.
Pengalaman Penyusuan:
Nur Hana Humaira(3tahun 2bulan)
Maryam Muhiyya(2 tahun 2 bulan)
Admi(2 tahun dan masih menyusu)
Berpengalaman menyusukan semasa hamil di kandungan kedua dan ketiga.Juga pernah tandem nursing ketika anak pertama dan kedua.
Maklumat kelayakan:
Kursus Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Petaling pada 9-10 Mac 2018
4th National Breastfeeding Support Group Convention 2018,21-22 September 2018
Program Bersama Para Sukarelawan Menjayakan Penyusuan Susu Ibu,27 April 2019 di Hospital Melaka.

Online coaching
open to further discussion

Home visit
RM60 – RM 80/visit
Area: Melaka Tengah