Syafawati Noorhafizah

Seorang ibu kepada tiga orang cahaya mata; Rayyisa Syafina, Rikza Syaeeq dan Raseena Syaathira.

Graduan Universiti Selangor dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan juga pemegang biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar (SLTP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Merupakan seorang pensyarah Bahasa Inggeris di Jabatan Pengajian Am, Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak.

Mendapat latihan sebagai Kaunselor Penyusuan Susu Ibu dari Malaysia Breastfeeding Peer Counsellor Association (MBfPCA) dan seterusnya menjadi Kaunselor Laktasi.

Bergerak aktif dalam Kinta Sihat Mama dan Anak (KiSMA) di Ipoh dan salah seorang admin group Facebook Happy Breastfeeding Malaysia.

Menyebarkan ilmu penyusuan susu ibu melalui platform Facebook, Instagram, Whatsapp serta banyak membantu ibu-ibu yang bermasalah untuk menyusukan menerusi perkhidmatan konsultasi atas talian dan juga home visit.

Turut menyumbang pelbagai artikel berkaitan laktasi di majalah dan website Pa&Ma.

Mendapat pengiktirafan sebagai Tokoh Ibu Bapa Unggul untuk Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Peringkat Negeri Perak 2019.

Asbab kegagalan dalam menyusukan anak yang pertama sehingga pernah melalui fasa breast abscess membuatkan saya bangkit untuk menggali ilmu penyusuan susu ibu.

Jatuh cinta dengan bidang laktasi mendorong saya untuk membantu ibu-ibu di luar sana. InsyaAllah akan terus berkhidmat dengan masyarakat dalam memperjuangkan penyusuan susu ibu dengan moto ‘Spread the love through breastfeeding’.

Online coaching

RM50/hour

Home visit

RM120/visit

Area: Ipoh
Time: 10am – 4pm