Fira Azrani

Ibu kepada 2 cahaya mata. Graduan Universiti Teknologi Mara dalam Ijazah Sarjana Muda Kepujian Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi. Minat yang mendalam untuk mempelajari ilmu penyusuan susu ibu mendorong saya mengambil latihan bimbingan dalam penyusuan susu ibu melalui kursus yang dianjurkan Breastfeeding Support Initiative (BSI) pada tahun 2016 dan seterusnya mendapat tauliah melalui kursus penyusuan dari Pusat Laktasi Kebangsaan sebagai Kaunselor Laktasi.

Bergiat aktif dalam menyebarkan aktiviti dan mengadakan seminar penyusuan di peringkat swasta mahupun kerajaan. Berkhidmat di sektor perindustrian bayi dimanfaatkan dengan membuka ruang untuk menyebarkan ilmu penyusuan di serata negeri pada pelbagai lapisan peringkat.

Turut aktif menyebarkan kesedaran tentang penyusuan susu ibu di media sosial, membantu ibu-ibu yang mempunyai masalah penyusuan secara dalam talian mahupun melalui “homevisit”. Turut bergiat dalam aktiviti-aktiviti Ngo Penyusuan Susu Ibu.
Artikel mengenai penyusuan Susu Ibu telah diterbitkan di Majalah Pa&Ma dan juga di Website Pa&Ma.

Melalui fasa kegagalan dalam penyusuan susu ibu pada anak yang pertama, dan ujian demi ujian ketika meneruskan penyusuan untuk anak yang kedua ,menjadi titik penguat untuk membantu ibu-ibu di luar meneruskan penyusuan susu ibu dengan baik. Sedar akan kepentingan ilmu dan support system yang baik penting untuk menjayakan penyusuan susu ibu, saya sentiasa bersedia untuk memberi khidmat dalam membantu usaha kerajaan merealisasikan inisiatif sokongan penyusuan susu ibu.

Online coaching

open to further discussion

Home visit

RM 100++/visit

Day  : Weekend & Public Holiday
Area: Kuala Lumpur & Selangor

Support Group

Feed By Momma – Group Breastfeeding Ibu Menyusu Malaysia